Assalamualaikum dan Selamat Pagi kepada murid-murid cikgu semua....
Subjek: Literasi
Tema: KENDERAAN
Topik: NAMA-NAMA KENDERAAN DARAT
Hari & Tarikh: Isnin, 11 April 2022
Jam: 8.00 pagi - 9.00 pagi
Objektif Pembelajaran
1. Menamakan jenis kenderaan yang mereka tahu.
2. Menghasilkan 'Buku Skrap' tentang jenis-jenis kenderaan darat.
3. Menggunakan struktur ayat yang dipelajari dengan betul.
Aktiviti pembelajaran 😀 Untuk memulakan sesi pembelajaran kita hari ini, mari kita sama-sama menonton video lagu berkaitan tema kita minggu ini. 😀 Untuk isi pelajaran seterusnya, cikgu mahu murid-murid semua untuk menonton video di bawah ini. Video ini akan menerangkan jenis-jenis kenderaan darat. 😀 Dari video tadi, cikgu ada melihatkan beberapa jenis kenderaan darat: (1). kereta (2). lori (3). van (4). kereta api (5). beca (6). bas (7). basikal (8). motosikal (9). jip (10). traktor (11). ambulan (12). kereta polis (13). teksi (14). trak bomba Cikgu harap murid-murid semua dapat mengenal dan menyebut nama-nama kenderaan darat yang dipelajari tadi. 😀 Sekarang tibalah masanya untuk kamu menyelesaikan latihan kerja. LATIHAN 1: https://www.liveworksheets.com/ml2051201tu https://www.liveworksheets.com/tr2408344tp # Sila 'screenshot' latihan liveworksheet yang sudah siap kepada guru kelas masing-masing secara personal/private. LATIHAN 2: Mini Projek Membuat 'Buku Skrap' bertajuk KENDERAAN DARAT. Sila sediakan gambar 6 jenis kenderaan darat untuk di gunakan di dalam buku skrap. Sila tonton video ini sebagai contoh cara untuk menghasilkan buku skrap. Murid diberi tempoh masa 3 hari untuk menyelesaikannya. Setelah siap, sila buat rakaman video pendek menunjukkan murid menyebut nama-nama kenderaan yang mereka buat di dalam buku skrap. # Hantar video tersebut kepada guru kelas masing-masing. |
No comments:
Post a Comment