Wednesday, April 13, 2022

BAHASA FONIK - BUNYI HURUF /d/ 14.04.2022 (KHAMIS)

  Assalamualaikum dan Selamat Pagi murid-murid Pra A & Pra B,


Subjek : Literasi

Tema : Kenderaan

Topik : Mengenal bunyi huruf ' d '

Hari & Tarikh : Khamis, 14hb April 2022

Jam : 8.00 pagi - 8.50 pagi


Objektif Pengajaran:

1. Mengenal bunyi huruf / d /

2. Menyebut bunyi huruf / d / dengan sebutan yang betul.

3. Membentuk huruf ' d ' dengan baik.

4. Menggabung bunyi huruf dengan vokal a,i dan u.


Aktiviti 1: Mari menyanyi bersama-sama

Sila saksikan video ini dan ikut menyanyi bersama cikgu. Kamu boleh mengulanginya beberapa kali.



Aktiviti 2: Belajar cara menulis atau membentuk huruf ' d '

Sila saksikan video ini dan murid dikehendaki untuk fokus dengan cara membentuk atau menulis huruf ' d  ' dengan teknik yang betul dan menggabung bunyi huruf dengnan vokal a, i dan u.



Aktiviti 3: Latihan kerja Murid

# Murid dikehendaki untuk membuat latihan menulis huruf ' d ' dan mewarna gambar di dalam buku kerja BUKU AKTIVITI TULISAN 1 (Huruf Kecil) muka surat 25-26.




  

Aktiviti 4: Latihan kerja Murid

# Murid dikehendaki untuk menulis bentuk huruf ' d ' menggunakan TEKNIK PELANGI di dalam buku kerja BUKU AKTIVITI BACAAN muka surat 31-32. 




 
Sila ambil gambar setiap muka surat latihan yang sudah siap dan kirim kepada guru darjah masing-masing.

PRA A: CIKGU HIZRAH +6738819345
PRA B: CIKGU FIZAH   +6738911242 

Pastikan kerja murid sentiasa bersih dan kemas.


Terima Kasih Murid-Murid Semua 🐒

No comments:

Post a Comment

ESTETIKA: KENDERAAN DARAT, AIR DAN UDARA [ISNIN, 18.04.2022]

  Assalamualaikum murid-murid, Hari ini kita akan belajar subjek Estetika dan akan melakukan beberapa aktiviti menarik!  💫 Subjek: Estetika...