Hari: RABU Tarikh: 30 Mac 2022
Subjek: Numerasi
Tajuk: Awal Nombor: Nombor 6
Jam: 9.45 - 10.45 PAGI
Objektif pembelajaran:
1. Mengenal, menyebut dan membilang nombor 6
2. Mengira dan menulis nombor 6 dengan urutan yang betul
3. Memadankan angka dan nilai 6 dengan betul
Langkah Kejayaan (S2S):
1. Tulis nombor 6
2. Tulis ejaan nombor 6
3. Lukis 6 benda
4. Tampalkan 6 objek kecil, kemudian tulis nombor mengikut urutan
5. Gambar (Screen Shot) latihan dan hantar melalui wassap kepada guru kelas secara private / personal
6. Latihan tambahan: Kira nilai dan padankan dengan nombor yang betul di dalam latihan liveworksheet
Arahan
1. Sila tonton video lagu nombor 6 di bawah ini:
2. Sila tonton video penerangan awal nombor 6 di bawah ini:
3. Sila tonton video penerangan cara membuat latihan di bawah ini:
4. Sila selesaikan latihan / tugasan berikut sama ada ibubapa perlu printout / salin semula latihan di bawah ini pada kertas kosong.
- Sila tulis hari dan tarikh hari ini (Rabu, 30hb Mac 2022) pada ruangan kosong di atas kertas latihan.
- Baca arahan yang tertera di atas setiap kotak latihan.
- Jawab latihan dengan kemas.
6. Jika murid - murid telah menyelesaikan latihan di atas, bolehlah menjawab latihan tambahan di bawah ini dengan menekan pautan / link berikut dan screenshot hasil kerja latihan / tugasan murid-murid dan hantar melalui wassap kepada guru kelas / guru subjek masing-masing secara personal / private:
https://www.liveworksheets.com/rm2453315bx
PERINGATAN: Latihan hendaklah dihantar selewat - lewatnya pada esok (Khamis - 31/03/2022). Jika gagal berbuat demikian akan dikira kosong.
7. Selesai. Terima kasih.😊
No comments:
Post a Comment