Assalamualaikum dan Selamat Pagi kepada murid-murid cikgu semua....
Subjek: Literasi
Tema: RUMAH SAYA
Topik: JENIS-JENIS RUMAH
Hari & Tarikh: Isnin, 14hb.Mac 2022
Jam: 8.00 pagi - 9.00 pagi
Objektif Pembelajaran
1. Menyebut sekurang-kurangnya 3 jenis rumah dengan betul.
2. Mengenal sekurang-kurangnya 3 jenis rumah dengan betul.
2. Menggunakan struktur ayat yang dipelajari dengan betul.
Aktiviti pembelajaran 😀 Kita mulakan sesi pembelajaran dengan menonton sebuah video kartun Didi & Friends yang bertajuk "Rumah Misteri". 😀 Untuk isi pelajaran hari ini, cikgu mahu murid-murid semua untuk menonton video di bawah ini. # SILA FOKUS PADA ISI PENERANGAN YANG AWAL SAHAJA IAITU JENIS-JENIS RUMAH. Dari video tadi, cikgu ada melihatkan 4 jenis rumah: (1). Rumah banglo (2). Rumah papan (3). Rumah teres (4). Rumah pangsa Cikgu harap semua murid-murid cikgu dapat mengenal dan menyebut nama jenis- jenis rumah tadi. 😀 Sekarang tibalah masanya untuk kamu menyelesaikan latihan kerja. (1). https://www.liveworksheets.com/gq2543012ob (2). https://www.liveworksheets.com/nx2541394dt # Sila 'screenshot' latihan liveworksheet yang sudah siap kepada guru kelas masing-masing secara personal/private. |
No comments:
Post a Comment