Assalamualaikum dan Selamat Pagi kepada murid-murid cikgu semua....
Subjek: Literasi
Tema: RUMAH SAYA
Topik: BAHAGIAN RUMAH
Hari & Tarikh: Isnin, 21hb.Mac 2022
Jam: 8.00 pagi - 9.00 pagi
Objektif Pembelajaran
1. Menyebut sekurang-kurangnya 4 bahagian rumah dengan betul.
2. Mengenal sekurang-kurangnya 4 bahagian rumah dengan betul.
2. Menggunakan struktur ayat yang dipelajari dengan betul.
Aktiviti pembelajaran 😀 Kita mulakan sesi pembelajaran dengan menonton sebuah video nyanyian yang bertajuk "Rumah Saya". 😀 Untuk isi pelajaran hari ini, cikgu mahu murid-murid semua untuk menonton video di bawah ini. Dari video tadi, cikgu ada melihatkan 5 bahagian rumah: (1). pintu (2). dinding (3). bumbung atau atap (4). tingkap atau jendela (5). tangga Cikgu harap murid-murid semua dapat mengenal dan menyebut bahagian rumah yang dipelajari tadi. 😀 Sekarang tibalah masanya untuk kamu menyelesaikan latihan kerja. (1). https://www.liveworksheets.com/ot2469877cb (2). https://www.liveworksheets.com/gi1837460ts # Sila 'screenshot' latihan liveworksheet yang sudah siap kepada guru kelas masing-masing secara personal/private. |
No comments:
Post a Comment