Sunday, January 9, 2022

Literasi: Bahasa 10.01.2022

 Assalamualaikum murid-murid pra, 


Subjek: Literasi

Tema: Sekolah Saya

Topik: Mengenal nama sekolah dan kelas

Hari & Tarikh: Isnin, 10hb Januari 2022

Jam: 8.00 pagi - 9.00 pagi


Objektif Pembelajaran

1. Mengenal dan menyebut nama Sekolah Rendah Mentiri

2. Mengenal dan menyebut nama kelas masing-masing (Pra A/Pra B)


Arahan

1. Sebelum kita mulakan isi pembelajaran pada hari ini, cuba kamu ikuti nyanyian di dalam video ini.

2. Sekarang kamu ikuti isi pembelajaran dengan menonton video ini.

3. Mari mengenal nama sekolah. Lihat gambar di bawah ini. Ibu/bapa sila sebutkan dan perdengarkan ayat di bawah gambar ini dengan sebutan yang jelas kepada murid. Kemudian arahkan murid untuk mengulang sebutan ayat yang dibaca tadi.

    Ini sekolah saya.

    Nama sekolah saya Sekolah Rendah Mentiri.


4. Mari mengenal bilik darjah. Lihat gambar di bawah ini. Ibu/bapa sila sebutkan dan perdengarkan ayat di bawah gambar ini dengan sebutan yang jelas kepada murid. Kemudian arahkan murid untuk mengulang sebutan ayat yang dibaca tadi.

 


    Ini bilik darjah saya.

    Saya belajar dalam bilik darjah Pra A.




    Ini bilik darjah saya.

    Saya belajar dalam bilik darjah Pra B.

 

 

5. Masa untuk membuat latihan. Sediakan kertas bahasa muka surat 1.


6. Sila warnakan gambar sekolah saya dan bilik darjah di dalam muka surat 1.


7. Sila gambarkan hasil latihan bahasa dan hantar kepada guru kelas masing-masing secara private.


5. Jika ada sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi guru kelas masing-masing.


Terima Kasih

No comments:

Post a Comment

ESTETIKA: KENDERAAN DARAT, AIR DAN UDARA [ISNIN, 18.04.2022]

  Assalamualaikum murid-murid, Hari ini kita akan belajar subjek Estetika dan akan melakukan beberapa aktiviti menarik!  💫 Subjek: Estetika...