Wednesday, January 12, 2022

LITERASI BACAAN FONIK 13.01.2022

 Assalamualaikum murid-murid cikgu semua,


Subjek : Literasi

Tema : Sekolah Saya

Topik : Mengenal bunyi huruf 'a'

Hari & Tarikh : Khamis, 13hb Januari 2022

Jam : 8.00 pagi - 9.00 pagi


Objektif Pengajaran:

1. Mengenal bunyi huruf /a/

2. Menyebut bunyi huruf /a/ dengan sebutan yang betul.

3. Membentuk huruf 'a' dengan baik.


Aktiviti 1: Mari menyanyi bersama-sama

Sila saksikan video ini dan ikut menyanyi bersama cikgu. Kamu boleh mengulanginya beberapa kali.


Aktiviti 2: Belajar cara menulis atau membentuk huruf 'a'

Sila saksikan video ini dan murid dikehendaki untuk fokus dengan cara membentuk atau menulis huruf 'a' dengan teknik yang betul.




SEBAGAI PERINGATAN - Murid tidak perlu mengikuti dan membuat aktiviti latihan yang ada di dalam video tadi.

Aktiviti 3: Latihan kerja Murid

# Murid dikehendaki untuk membuat latihan menulis huruf 'a' dan mewarna gambar di dalam buku kerja BUKU AKTIVITI TULISAN 1 (Huruf Kecil) muka surat 1 dan 2.






Aktiviti 4: Latihan kerja Murid

# Murid dikehendaki untuk menulis bentuk huruf 'a' menggunakan TEKNIK PELANGI di dalam buku kerja BUKU AKTIVITI BACAAN muka surat 1.




Sila ambil gambar setiap muka surat latihan yang sudah siap dan kirim kepada guru darjah masing-masing.

PRA A: CIKGU HIZRAH +6738819345
PRA B: CIKGU FIZAH +6738911242 

Pastikan kerja murid sentiasa bersih dan kemas.


Terima Kasih Murid-Murid Semua 🐧

No comments:

Post a Comment

ESTETIKA: KENDERAAN DARAT, AIR DAN UDARA [ISNIN, 18.04.2022]

  Assalamualaikum murid-murid, Hari ini kita akan belajar subjek Estetika dan akan melakukan beberapa aktiviti menarik!  💫 Subjek: Estetika...